Boleh Wang Ringgit Membeli Kebahagiaan?
Bolehkah wang membeli kebahagiaan? Aq tidak akan menafikan pada korang semua mahupun diri aq sendiri tentang wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Kenyataan ini sering kali digunakan oleh orang kaya untuk membuat orang miskin merasa lebih baik tentang diri mereka. Kenyataan ini berjaya dalam kalangan komuniti pada abad ke-16 kerana mereka masih ada moral serta belas kasihan sesama mereka. Tetapi bukan untuk hari ini mahupun esok.
Mungkin korang menganggap aq nie materialistik, tetapi itu aq tidak peduli. Ini kerana jika aq ada wang aq boleh melakukan bermacam perkara pada setiap ketika. Kerana TANPA wang, hidup seseorang akan menjadi HURU-HARA. Lama-kelamaan korang akan merasakan kenyataan aq ni betul boleh diterima akal. Tetapi bukan semua orang boleh menerima kenyataan ini kecuali mereka dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sentiasa duit dalam poket.
Mungkin ramai akan melontarkan beberapa persoalan. Contonhya, apa gunanya wang kalau kita jatuh sakit? Apa gunanya wang kalau kita dibelenggu masalah?
Senang saja untuk menjawab persoalan kolot nie. Aq lebih rela sakit dengan mempunyai banyak wang agar aq boleh dirawat. Aq lebih rela menangis menanggung masalah di dalam bilik keseorangan daripada merintih di tepi jalan meraih simpati orang lain.
Dalam hidup nie, kalau korang ada duit, senang cakap dunia ini korang punya
Tapi kalau no fulus, alamatnya...BYE BYE..









No comments:
Post a Comment