Thursday 2 June 2011

HASAD DENGKI!!? apa puncanya......

Hasad ialah penyakit hati yang kronik. Ia umpama penyakit kanser pada jasad lahir. sebelum mengubatinya, kita perlu terlebih dahulu mengetahui apakah puncanya.

Sombong ialah apabila seseorang merasakan dirinya lebih baik, lalu menghina orang lain dan akhirnya menolak kebenaran. Prinsip hidup orang yang sombong ialah "ana khairun minhu" (aku lebih baik daripadanya). Sifat inilah yang menyebabkan iblis berasa dirinya lebih layak dan hebat daripada Adam a.s. kerana ia dicipta daripada api. Begitulah yang sering terjadi dalam persekitaran kita masa kini. Rasa sombong telah menyebabkan dia beranggapan orang lain tidak layak mendapat sebarang kelebihan sebaliknya dia yang harus menerima kelebihan tersebut. Namun jika sebaliknya berlaku, maka timbullah sifat hasad da dia mula berusaha untuk menghapuska nikmat daripada orang yang didengkinya itu. Maka fitnah, umpat keji, kata-mengata pun dilontarkan untuk menghilangkan nikmat daripada orang yang didengkinya itu.

Tuesday 26 April 2011

Anda Kesepian Atau Sendirian?

Kenyataan di atas mempunyai dua perbezaan antara ingin bersendirian atau kesunyian. Anda boleh berada dalam kesesakan orang ramai di pusat membeli-belah tapi masih berasa sunyi. Anda boleh gunakan perkataan bersendiri untuk menerangkan situasi "Aq berseorangan". Walaubagaimanapun, anda masih berada di pusat membeli-belah. Jadi anda bukan sendirian tetapi kesepian.
Bayangkan, mungkin anda sedang "outstation" berada di luar negara. Anda kini dalam hotel, turun untuk makan di restaurant. Duduk dikelilingi orang ramai berbeza latar belakang. Malangnya, keluarga anda, rakan anda dan orang yang anda sayang berada di seberang laut. Anda boleh berseorangan di bilik hotel, tetapi bukan di tempat anda menginap. Anda mungkin kesepian.
Mungkin juga anda berada di rumah seorang diri, merancang untuk tidak bersemuka dengan orang lain buat sementara waktu atau ingin menyiapkan tugasan dan perlukan tumpuan. Kata kuncinya, anda sendirian, bukan kesepian.
Kurang selesa jika kita kesepian, tapi jika anda tidak bersendirian, mudah untuk atasi. Penamatnya, kalau anda berseorangan bukan kesepian, itu tak apa. Hal yang cuba dielakkan adalah cuba tidak bersendirian dan kesepian pada waktu yang sama. Itulah adalah satu bahagian yang paling malang dalam hidup seseorang.
Boleh Wang Ringgit Membeli Kebahagiaan?

Bolehkah wang membeli kebahagiaan? Aq tidak akan menafikan pada korang semua mahupun diri aq sendiri tentang wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Kenyataan ini sering kali digunakan oleh orang kaya untuk membuat orang miskin merasa lebih baik tentang diri mereka. Kenyataan ini berjaya dalam kalangan komuniti pada abad ke-16 kerana mereka masih ada moral serta belas kasihan sesama mereka. Tetapi bukan untuk hari ini mahupun esok.
Mungkin korang menganggap aq nie materialistik, tetapi itu aq tidak peduli. Ini kerana jika aq ada wang aq boleh melakukan bermacam perkara pada setiap ketika. Kerana TANPA wang, hidup seseorang akan menjadi HURU-HARA. Lama-kelamaan korang akan merasakan kenyataan aq ni betul boleh diterima akal. Tetapi bukan semua orang boleh menerima kenyataan ini kecuali mereka dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sentiasa duit dalam poket.
Mungkin ramai akan melontarkan beberapa persoalan. Contonhya, apa gunanya wang kalau kita jatuh sakit? Apa gunanya wang kalau kita dibelenggu masalah?
Senang saja untuk menjawab persoalan kolot nie. Aq lebih rela sakit dengan mempunyai banyak wang agar aq boleh dirawat. Aq lebih rela menangis menanggung masalah di dalam bilik keseorangan daripada merintih di tepi jalan meraih simpati orang lain.
Dalam hidup nie, kalau korang ada duit, senang cakap dunia ini korang punya
Tapi kalau no fulus, alamatnya...BYE BYE..



Tengah duk tmenung sambil on ini blog..tibe2 tpkir nak share satu puisi yg mgkin mjadi
satu kbiasiaan dlm msyrkat kite ari inie..


Sebelum Kahwin ....


Suami: Yoh-oo.  ak-hir-nya...sam-pai  ju-ga  de-tik  ba-ha-gia
Isteri: Ada-kah  ka-mu  ma-hu  sa-ya  per-gi?
Suami: Ti-dak.  Jan-gan  per-nah  ter-lin-tas  di hati-mu
Isteri: Ada-kah  ka-mu  sa-yang  sa-ya?
Suami: Se-mesti-nya.  Ber-ulang  ka-li
Isteri: Per-nah-kah  kau  cu-rang  ter-ha-dap  ku?
Suami: Ti-dak.  Ke-na-pa  ka-mu  ber-tanya  be-gi-tu  se-ka-li?
Isteri: A-kan  kau  peg-ang  aku  se-erat-nya?
Suami: Se-ti-ap  pe-luang  yang  ada
Isteri: A-kan  ka-mu  me-lu-kai  di-ri-ku?
Suami: A-wak  gi-la.  Sa-ya  bu-kan  o-rang  ma-cam i-tu
Isteri: Bo-leh  sa-ya  mem-per-ca-yai  a-wak?
Suami: Ya
Isteri: Sa-yang


Selepas Berkahwin ....


Korang cube bce dri bwh