HASAD DENGKI!!? apa puncanya......
Hasad ialah penyakit hati yang kronik. Ia umpama penyakit kanser pada jasad lahir. sebelum mengubatinya, kita perlu terlebih dahulu mengetahui apakah puncanya.
Sombong ialah apabila seseorang merasakan dirinya lebih baik, lalu menghina orang lain dan akhirnya menolak kebenaran. Prinsip hidup orang yang sombong ialah "ana khairun minhu" (aku lebih baik daripadanya). Sifat inilah yang menyebabkan iblis berasa dirinya lebih layak dan hebat daripada Adam a.s. kerana ia dicipta daripada api. Begitulah yang sering terjadi dalam persekitaran kita masa kini. Rasa sombong telah menyebabkan dia beranggapan orang lain tidak layak mendapat sebarang kelebihan sebaliknya dia yang harus menerima kelebihan tersebut. Namun jika sebaliknya berlaku, maka timbullah sifat hasad da dia mula berusaha untuk menghapuska nikmat daripada orang yang didengkinya itu. Maka fitnah, umpat keji, kata-mengata pun dilontarkan untuk menghilangkan nikmat daripada orang yang didengkinya itu.